Kisah Panas

Pages

Saturday, June 26, 2010

900 BHP..KUAT TU

Nissan, when releasing the R35 GT-R, stated that it would be both “perfect” and “untunable.” Many see it as the perfect performance tool, but the untunable bit has been disproved by a number of tuning firms, one of them being Ohio-based Switzer Performance which produced 800 hp from the standard GT-R.

However, in tunerworld, no one is ever satisfied with their accomplishments. So Switzer’s P800 GT-R went to the gym for some bulking up, with 900 hp as result! But there is a twist this time, and it comes in the form of its fuel source: ethanol E85.

Yes, this 900 hp monster feeds on biofuel, which produces much less greenhouse gas than gasoline. “With most high-horsepower cars, you can barely breathe after just a few dyno runs. With the E85, we were able to run pull after pull to dial in the tune without feeling any effects of the usual emissions. It’s hardly scientific, but there was a noticeable improvement in the air quality in the shop compared to race gas,” Tym Switzer said.

Switzer modified the fuel system to handle E85 and significantly increased the size of the injectors. 900 hp was deemed too much for the standard gearbox, so a specially developed transmission was crafted by Dodson Motorsports of New Zealand with “more clutch area.”

No price and performance figures were given, except for acceleration from 96 km/h to 209 km/h, which is ridiculously fast at under 6 seconds!


aku ckup kecewa smpai skg..stat thn 2003 lg..afta la,cukai turun la..semua haprak..kita buleh tengok keta2 mewah kat majalah ja sampai mati..nak beli cukai sampai 300%..mak bapak dia..negara lain keta altis buat taxi kat thailand,bmw buat taxi kat jerman..kt msia hampeh..kat negara luar keta mewah tu mcam bugatti veron,ferrari,rolls royce phantom..bukannya keta2 jepun mcm kat sini..pakai camry dah kira orang kaya..podahhh,civic type R fd2 kat jepun budak2 muda buat latam racing haram ja

ULAQ DALAM SEMAK

40 ulama serah borang keahlian UMNO

25/06/2010 9:18pm

KUALA LUMPUR 25 Jun – Seramai 40 ulama dari seluruh negara menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Galeri UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini. - Utusan


no komen..tok guru aku ajar,tak kira orang tu tok imam ka,lebai ka,orang surau ka,dahi hitam ka selagi dia tak ikut al-quran dgn hadith nabi,tak payah nak ikut dia

FELDA PULAK DAH BANKRAP





FELDA HILANG RM8 BILION BUKANNYA TM2.7 BILION – harakah daily

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Ahmad Maslan.

Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.

Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

"Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.

Menurut Husam, kenyataan Ahmad Maslan seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.

Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion

"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 billion!" tegas Husam dalam blognya.

hari tu pos malaysia rugi 200 juta lebih..sime darby yg ada share asb lingkup 1 billion lebih..skg felda plak..ptut la time prk hulu selangor senang2 ja bg rm50k satu family tu pun sebelum prk dpat 1k dulu,lg 49k pas prk hulu slangor cha..aku tak tau dapat ka tak lg 49k tu smpai skg..har,har,har..pandai depa bg kt felda skit,balaih duit tu blik bnyak..yg geng felda plak mcam pak kadok tak tau apa..duit felda dah cerah woi..bukak la mata skit..har,har,har

Friday, June 25, 2010

KARTUN ZUNAR PUN DH JD KALUT

1 Mac Katak
Malaysiakini plans to mount a court challenge against the Home Ministry's decision yesterday to ban 1Funny Malaysia - a cartoon book published by the independent news portal.

skg zunar dgn msiakini dah nak sue kdn pasal banned kartun dia..pala hotak punya kdn yg belambak dvd,cd,buku blue dgn porno jual tu tak nak rush plak..dok kalut benda lain..pasal tu klmarin dulu pesta hari jadi anak vvip kat zeta bar jd mcam pesta yahudi,anak nazri aziz siap dtg dgn porche putih lg..yg tu tak plak kalut nak banned..hatuk kau kdn..bla..bla..har,har,har

MENTERI KERJA MEREMBAT,RAKYAT HIDUP MEREMPAT

Laporan Rasuah Terhadap KM Sarawak Ditarik Balik Sebab SPRM Enggan Beri Salinan

KUALA LUMPUR 25 Jun - Keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyerahkan salinan laporan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memaksa tiga anak watan Sarawak menarik balik laporan mereka.

James Wong Joon Min, Ting Chek Ming dan Ahmad Nazib Johari tiba di pejabat SPRM Selangor pagi semalam untuk membuat laporan rasuah ke atas Abdul Taib berhubung tuduhan rasuah dan pemilikan aset bernilai berbilion ringgit di luar negara.

Ketiga-tiga anak jati Sarawak itu mengambil tindakan membuat laporan itu berasaskan beberapa artikel yang disiar oleh sebuah laman web, sarawakreport.org.

Menurut James Wong, artikel dalam laman web itu mendedahkan tuduhan rasuah dan pemilikikan aset berbilion ringgit yang dimiliki Abdul Taib dan keluarganya di Kanada, London dan Australia.

"Kita mahu SPRM menyiasat laporan ini. Satu dari laporan itu menyentuh empayar perniagaan dan harta yang beliau (Taib) dan keluarganya miliki di Kanada.

"Tetapi selepas membuat aduan, kami meminta salinan laporan tetapi SPRM enggan memberi salinan laporan yang dibuat kami. Jadi kami membuat keputusan untuk menarik balik laporan berkenaan dan akan datang pada hari lain yang diberitahu kelak samada di sini atau di SPRM Putrajaya," kata James Wong.

Ahmad Nazib, yang juga seorang peguam dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak berkata, SPRM gagal menunjukkan sebarang peruntukan untuk menghalang mereka memperoleh salinan laporan itu.

"Mereka menyatakan tiada peruntukan undang-undang untuk satu salinan diserahkan kepada pengadu. SPRM tidak berjaya menunjukkan kepada kami peruntukan dan asas mereka tidak boleh menyerahkan salinan itu.

"Mereka kata kes ini berbeza, ini kes 'high profile'. Pihak kami mengambil pendekatan berhati-hati. Kami menyatakan 'high porfile', 'low profile' atau sesiapa, undang-undang tetap undang-undang, tidak ada perbezaan," tegas Ahmad Nazib.

Justeru pihaknya membuat keputusan menarik balik aduan itu kerana bimbang ia akan diubahsuai dan bercadang kembali pada hari lain untuk menyediakan laporan yang berasingan bagi memastikan laporan yang dibuat mereka dan yang berada dalam simpanan mereka adalah sama.

Laman web sarawakreport.org yang mendedahkan dakwaan salahgunakuasa dan rasuah yang dilakukan Abdul Taib dan berbilion ringgit yang dimiliki keluarganya di dalam dan luar negara.

Ia berhubung dakwaan Abdul Taib mempunyai aset bernilai berbilion ringgit di Kanada, London dan Australia dalam bentuk hartanah dan syarikat berjumlah RM3 bilion.

Menurut laman web itu, isu mengenai kediaman mewah yang dimiliki seorang anak perempuan ketua menteri itu, Jamila Taib turut didedahkan oleh media di Ottawa, Kanada.

Jamila merupakan pemilik, SAKTO Development Corporation, syarikat pembinaan yang memiliki aset jutaan dollar Amerika berpengkalan di Ottawa dan turut mempunyai pejabat di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Laman web itu turut mendakwa keluarga Abdul Taib juga memiliki satu lagi syarikat bernilai jutaan ringgit di Australia iaitu Sitehost Pty Ltd, yang juga pemegang saham hotel mewah bertaraf lima bintang, Hilton di Kuching dan Mulu Resort di Sarawak.

Selain Kanada dan Australia, Ketua Menteri Sarawak itu juga didakwa memiliki satu portfolio hartanah yang diuruskan sebuah syarikat khusus di London yang dimiliki oleh keluarganya.

Laman web itu mendakwa Abdul Taib menggunakan kekayaannya di Sarawak dan membuat pelaburan di seluruh dunia tanpa dikenakan cukai oleh kerajaan,

Ia juga menyiarkan pelbagai lagi pendedahan termasuk rompakan yang dilakukan Taib menerusi projek pembinaan dan pembalakan yang dilakukan syarikat milik keluarganya, Cahya Mata Sarawak.

ni la pasal bila dah buat repot tak buat apa pun,pas tu bising2 mcm kacang parpu suruh anwar dedah nama geng2 yg lompat parti dapat 2 juta tu..bila dedah tak buat apa pun..aku pun confuse klu ada munkee2 yg dok sokong lg puak2 ni..ni dh kira biawak hidup dah..har,har,har

Thursday, June 24, 2010

KEPALA HOTAK DIA

Shahidan: Penyertaan Ulamak Dalam UMNO Satu Perkembangan Sihat

KANGAR: Minat yang kini ditunjukkan golongan ulama terhadap Umno adalah perkembangan yang sihat dalam parti, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini.

Menurutnya, kira-kira 40 ulama yang berkelulusan PhD dijadual akan menyerahkan borang menyertai Umno kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Presiden parti pada Jumaat ini termasuk dua ulama dari negeri Perlis.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada dua ulama itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis Juanda Jaya.

Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis, dan Mohd Asri adalah dua rakan karib.

"Sama ada Dr Mohd Asri menyertai Umno atau tidak pada Jumaat ini, beliau tetap kawan saya," kata Shahidan.

Sebelum ini, media massa melaporkan bahawa Mohd Asri akan turut menyertai Umno Jumaat ini, namun beliau belum membuat sebarang kenyataan.

Shahidan yang juga Ketua Umno bahagian Arau berkata, jika dua ulama Perlis itu menyertai Umno, mereka akan dilantik menduduki jawatankuasa Umno bahagian itu dan salah seorang daripadanya akan dilantik menjadi pengerusi Biro Agama.

Katanya, peranan mereka sebagai ulamak tidak terjejas meskipun menyertai Umno kerana tanggungjawab mereka tetap sama.

Beliau juga berharap kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan kekacauan di negara ini termasuk yang melaga-lagakan golongan ulamak

Shahidan tidak pula menyatakan siapa pihak berkenaan. - BERNAMA


agama mana leh main jual2 mcam ni kwan..ingat lu ada duit lu buleh beli orang ka..zulkifli nordin pun lu buat mcm ni jgak dlu sampi kwan tu skg dh jd hau siau kes dia ada financial issue dan buleh kna lucut dr jwatan..skg lu kecoh2 pasal wahabi,nak tngkap la,pengganas la..nak kasi dua mufti ni ikut msuk dgn lu plak..lu punya game dah lapok la kwan..yang betol lu yang hau siau..har,har,har

LAGI MAU REPOT

Warga Sarawak Buat Laporan SPRM Terhadap Ketua Menteri Sarawak

SHAH ALAM 24 Jun - Sekumpulan warga Sarawak diketuai oleh James Wong Joon Min, seorang warga Sarawak yang kini bekerja Kuala Lumpur mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat laporan media berkenaan empayar kekayaan milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

James berkata baru-baru ini beberapa portal informasi dan berita telah memaparkan kekayaan Abdul Taib di Australia, Canada dan London, England dengan butir terperinci pemilikan, jumlah nilai dan kewujudan beberapa proksi bagi menjaga kepentingan beliau.

"Portal tersebut juga telah memaparkan beberapa bukti penting menyokong dakwaan mereka, dan saya sebagai seorang anak Sarawak tidak akan berdiam diri apabila kekayaan yang sepatutnya dirasai bersama oleh rakyat Sarawak dibolot oleh seorang individu,' kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

James yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur menegaskan beliau dan rakan-rakan tidak mewakili mana-mana parti politik mahupun mereka mahu dikaitkan dengan politik.

"Sebagai warga Sarawak yang bimbang dan mahukan keadilan, kami telah membuat keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada SPRM," katanya lagi.

Beliau dan lima lagi rakan beliau akan membuat laporan di pejabat SPRM, Shah Alam pada pukul 10 pagi hari ini dengan mengemukakan bukti yang dipaparkan diportal berita, yang mana menurut James, cukup kukuh untuk SPRM memulakan siasatan.

"Bukti yang dipaparkan amat kukuh dan pada pengetahuan kami, bukti ini amat meyakinkan dan boleh dijadikan bukti untuk memulakan siasatan. Kami percaya kebenaran akan terserlah selepas SPRM melengkapkan siasatan," kata James lagi.

Timbunan harta kekayaan Abdul Taib yang didedahkan termasuk bangunan pejabat di Ottawa, Canada dan pemilikan rumah persendirian kedua termahal di Canada oleh anak perempuan beliau, Jamilah Taib dan suaminya Sean Murray, warga Canada.

Lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan juga pernah menyiarkan gambar istana Taib di tebing sungai lengkap dengan kemudahan jeti dan sebuah bot mewah.

"Warga Sarawak patut bertanyakan bagaimana seorang Ketua Menteri yang mendapat gaji RM20,000 sebulan mampu memiliki kesemua ini, dan Taib perlu menjawab soalan rakyat Sarawak sebagai seorang wakil rakyat," kata James.


dah belambak sngat dah repot2 mcam ni..dari sprm nak siasat,baik mkan kantau lg best..har,har,har..orang yang jahat bukan lah orang jahat tapi orang baik yang tak buat apa2 bila melihat kejahatan..har,har,har

APA SUDAH JADI SAMA U HELP ME,I HELP U

Kerajaan Tidak Pernah Janjikan Projek Semasa Kempen Pilihan Raya Kecil - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya kecil di seluruh negara termasuk di Parlimen Sibu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata program yang dilaksanakan di kawasan pilihan raya kecil Sibu merupakan program yang telah dirancang oleh kerajaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya kecil tersebut diadakan sama seperti di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain di seluruh negara.

"Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan telah meluluskan 107 program atau projek bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan Parlimen berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Ho Leng (DAP-Sibu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan itu meliputi program atau projek berbentuk fizikal, sumbangan atau bantuan dan program kemasyarakatan.

Wong ingin tahu jumlah peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada Sibu sepanjang kempen pilihan raya kecil Sibu yang berakhir pada 16 Mei lalu dan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya berkenaan. - BERNAMA


hau siau punya statement..hari tu lu ckap lain,skrg lu ckap lain..apa lu ingat orang semua lulus form 5 ka..ka lu punya atuk lulus srp..har,har,har

Wednesday, June 23, 2010

FROM PENANG KE TIOMAN

Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk “Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan” dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang “whistle-blower”.

Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:

Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.

UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL)

UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.

Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.

Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta
Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.

Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?)

Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go

Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar. Pertaman sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch &; Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, it terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang. Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40. Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan. Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat.

Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudia, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.

Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.

Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.

Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!

Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah kenaikan tol. Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa Rakyat Pulau Pinang inginkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.

YB Sim Tze Tzin
Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang
ADUN Pantai Jerejak

YB Yusmadi

Ahli Parlimen Balik Pulau


dah sah2 nak rembat duit orang keja dia..bila tanya semua tak tau..kalau mcam ni baik tak yah buat jambatan,bukan nak bg orang senang,lg nak bg orang kayap..har,har,har

Sunday, June 20, 2010

TERBARU KISAH DI SEBALIK KERUGIAN SILTERRA (M) SDN BHD !!

Ini adalah pendedahan oleh seorang blogger Pro UMNO yang mendedahkan ketamakkan yang menyerlahkan sikap bodoh dalam mentadbir sebuah Syarikat oleh Pemimpin UMNO dan Kroni mereka..Sebelum itu sedikit berkenaan Siltera yang kalau aku terjemahkan pun ayatnya majoriti akan berbunyi seperti ayat asal.."SilTerra Malaysia Sdn Bhd is a semiconductor wafer foundry offering major foundry compatible CMOS logic,high-voltage and mixed-signal/RF technologies down to 0.13-micron feature size. This includes complete, competitive contract manufacturing for fabless and IDM customers’ designs. SilTerra’s wafer fab has a design capacity of 40,000 eight-inch wafers per month."

PENDEDAHAN PANAS! KISAH BENAR DISEBALIK KERUGIAN SILTERRA MALAYSIA SDN BHD!

Sekarang ini aku nak menceritakan tentang perihal sebuah syarikat GLC di Kedah, syarikat ini diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir! Syarikat ini dipanggil dengan nama Silterra Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini mengeluarkan cip-cip semikonduktor yang dipasarkan seluruh dunia!

Syarikat ini sebenarnya adalah sebuah syarikat yang bersaing di persada antarabangsa tanpa sebarang perlindungan dari kerajaan! Syarikat ini dimiliki oleh Khazanah Nasional sebanyak 85% dan selebihnya oleh pelabur asing.

Pada mulanya Silterra ini berkembang maju tetapi bila tibanya PM ke 5 iaitu Tun Dol Bodohwi, maka bermulalah nasib malang syarikat ini. Khazanah di bawah En(Tan Sri) Azman Mokhtar telah melantik sahabat baik dia iaitu En Jalaluddin Mohd Jarjis sebagai Pengerusi Syarikat sekitar tahun 2004.

Yang menjadi persoalannya semasa perlantikan ini, Azman Mokhtar telah melantik seorang yang tidak ada pengalaman dalam industri semikonduktor, tak cukup dengan tu semua syarikat milik Jalaluddin terlungkup dek kerana kerakusan beliau, contohnya Encipta Sdn Bhd. Atas kapasiti apa dia dilantik sebagai Pengerusi ya?

En Jalaluddin ni pulak cukup gemar hidup secara mewah, contohnya dia suka BREAKFAST di Carcosa Seri Negara tiap-tiap hari! Bil Petrol dia sahaja sudah boleh mencecah lebih dari RM4000 sebulan, padahal dia tinggal di sekitar ibu negara saja. Dia suka keluar negara selalu dengan alasan untuk mencari bisnes tapi hakikat sebenarnya dia pergi untuk bisnes peribadi dia sendiri, naik flight first class lagi, semuanya ini akan dibil kepada Silterra! Hebat bukan?

Tambah malang lagi si Jalaludin ini juga telah mencadangkan seorang warga Singapura iaitu Eg Kah Yee (gambar) dilantik sebagai CEO Silterra pada tahun 2007. Lepas Eg Kah Yee dilantik, perkara pertama yang dilakukan oleh CEO baru ini ialah melantik kekasih hatinya Audrey Ng sebagai CON-SULTAN Silterra.

Maka bermulalah episod merampok secara besar-besaran di dalam syarikat yang bernama SIlterra ini, pada setiap masa mereka berdua akan travel sekali, pasangan kekasih ini akan menaiki penerbangan kelas pertama tapi bila tang bilik mereka berkongsi bersama, segala pengurusan perjalanan akan dibuat melalui syarikat yang ada kepentingan dengan Audrey Ng.

Mereka akan claim semua perbelanjaan ini kepada Silterra, padahal bila kesana kemari bukan urusniaga Silterra pun yang mereka lakukan tetapi untuk KeyAsic sebenarnya, KeyAsic ini dimiliki oleh Eg Kah Yee yang juga merupakan CEO Silterra, bukan setakat itu sahaja Silterra dipaksa untuk berususniaga dengan KeyAsic.

Segala duit milik Silterra juga dirampok oleh Eg Kah Yee melalui transaksi-transaksi "palsu". Silterra diminta untuk bayar beratus-raus juta US Dollar kepada KeyAsic tetapi barang sehingga kini tidak dihantar! Ini kira urusniaga atas angin la ni! Ini dah dikira sebagai PECAH AMANAH ni!


Dari kiri, Jalaluddin Jarjis, Eg Kah Yee dalam
majlis penyenaraian KeyAsic di Bursa Saham (Mesdaq)

Hasil dari rompakan ini, KeyAsic telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur di kaunter Mesdaq! Korang nak tahu siapa yang dilantik sebagai Pengarah KeyAsic? Tak lain dan tak bukan En Jalaluddin Jarjis la orangnya! Ini kisah 'you scracth my back, I'll scratch yours'!

Selepas saja Eg Kah Yee dilantik Silterra mengalami kerugian beratus juta dan kerugian ini berterusan selama dua tahun berturut-turut, tetapi yang peliknya syarikat yang dimiliki oleh Eg, iaitu KeyAsic ni mengalami keuntungan yang sama jumlah kerugian yang dialami oleh Silterra, contohnya Silterra rugi RM200 juta maka KeyAsic untung RM 200 juta! Pelik kan?

Macamana si Eg Kah Yee boleh buat magik macam tu ya? Ini nampak macam ambik kat sino dan letak kat sana kan? Nak dijadikan cerita, lepas Eg Kah Yee "dibuang" dari SIlterra, keuntungan syarikat KeyAsic menurun sehingga sekarang! Pelik bin Ajaib betul kan?

Lebih menyedihkan lagi, selepas CEo lama dibuang, Khazanah melantik orang Malaysia iaitu Dr Kamaruzzaman (gambar) dari Sapura sebagai CEO yang baru dengan harapan agar sejarah "terus lingkup" (Sebab bagi Khazanah bila syarikat dah rugi, boleh dijual dengan haraga murah! Ingat MV Augusta? Macam tu la lebih kurang)!

Zaman Tun Dol menjadi Pengerusi Khazanah iaitu sekitar 2008, si Tun Dol telah mengarahkan supaya Silterra ini dijual (kalau Tun Dol siapa lagi penasihatnya kalau bukan si Kitol tu la kan!)

Malangnya, CEO baru membuat magik, tapi ini bukan magik jenis EG Kah Yee tadi, ini betul punya magik sebab Silterra yang dah nyawa-nyawa ikan ini dah mula menampakkan keuntungan tahun lepas. Tahun lepas sahaja syarikat ini telah mengeksport RM600 juta dan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM60 juta.

Lantik orang asing Silterra rugi, lantik orang Malaysia SIlterra untung, MALAYSIA MEMANG BOLEH! Cuma CEO baru ini bukan dari OXFORD jadi dia bukan favorite si menantu hantu la!

Yang menjadi persoalan besar bagi aku ialah, kenapa selepas mengetahui CEO lama iaitu Eg Kah Yee telah PECAH AMANAH tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadap beliau! Silterra sudah mendapat keuntungan tetapi Kahzanah masih lagi mahu menjualnya, kenapa nak jual syarikat yang mendapat untung?

Terbaru, difahamkan bahawa Silterra akan dijual kepada bekas CEO cum Perampok tahap Penyamun Tarbus si Eg Kah Yee! Tak cukup dengan itu, Khazanah akan membayar pulak kepada si Eg Kah Yee sebagai tanda penghargaan kepada Eg Kah Yee untuk membeli Silterra? Apa benda ni beb?

Dah la Khazanah jual syarikat yang buat keuntungan ni, pastu dijualnya pada si Perampok ang cuba memusnahkan Silterra, dibayar pulak tu! Bila aku dapat tahu pasal kisah ni, mengelegak darah aku fikrikan kemusnahan yang telah dibawa oleh Tun Dol berserta dengan anak menantunya!

Aku harap Silterra tidak dijual dan biarlah ianya menjadi salah satu syarikat yang menjana kewangan untk negara di bawah MEB! Biarlah seorang anak Malaysia yang telah membawa keuntungan supaya terus menerus membawa keuntungan tersebut! Ingat, ini hak rakyat juga, maka kita berhak untuk bersuara!

Saturday, June 19, 2010

LUBUK DUIT DI JALAN RAYA

Pemimpin Pakatan Rakyat tidur ke ?


Kalau nak menang hati pengundi Malaysia, hati pengundi Melayu, pemimpin Pakatan Rakyat terutama di parlimen perlu lebih banyak mengetengahkan dan membela nasib rakyat pada masa kini. Antaranya ialah masalah saman ekor seperti di bawah ini. Jangan sibuk nak berpolitik sahaja, siapa nak jadi calon, siapa yang akan lompat parti. Masalah saman ekor ini sepatutnya dibahaskan di parlimen.

Sumber dari http://www.tranungkite.net
KERAJAAN sedang perah rakyat..........

"Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist juga.

Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.
Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai dan baik hati.

Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.

Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.

Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut gendut wahai RM(rakyat Malaysia).

Dari RM kerana RM untuk RM.....

Friday, June 18, 2010

DEMAM PIALA DUNIA..PIALA WORLD CUP ADA KAT MALAYSIA??




Buat peminat Fusal... cepat mendaftar.... Ini Piala yang akan dimenangi oleh Juara Pertandingan Fusal Sempena World Cup 2010 yang akan berlangsung 25 dan 26 jun ini.di Pusat Fusal batu Maung......


Tarikh: 25-26 hb Jun 2010
Masa: 6.00ptg - 2.00pg
Tempat: Gelanggang Futsal Batu Maung
Nota: Cabutan perlawanan akan dijalankan 23hb Jun 2010.

Daftar Sekarang! 32 Pasukan sahaja.

Hubungi:

Zulfazdli 018-466 4576
Kumaresan 014-945 9221
Haniff 017 563 9245
Victor: 019-443 2088
Aidil: 012-4304423

HADIAH HADIAH KESELURUHAN BERJUMLAH..RM4300

CEPAT JANGAN KETINGGALAN........

LAWAN TETAP LAWAN

Kerajaan Mongolia Jelaskan Bon Keselamatan Bagi Pihak Keluarga Altantuya 30 Jun

KUALA LUMPUR 17 Jun - Karpal Singh, peguam bagi pihak keluarga mangsa pembunuhan kejam bangsa Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berkata kerajaan Mongolia akan membantu keluarga mendiang menjelaskan deposit bon keselamatan yang berjumlah RM60,000 sebagai jaminan bagi mahkamah meneruskan kes tuntutan saman ganti rugi.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen menyatakan kes saman tuntutan ganti rugi keluarga Altantuya tersebut akan mengambil masa kerana dakwaan kes jenayah berkenaan pembunuhan tersebut masih dijalankan.

Kini status kes tersebut berada di peringkat Mahkamah Rayuan dan akan disambung ke Mahkamah Persekutuan.

"Mereka akan jelaskan bayaran tersebut sebelum 30 Jun ini, jadi cadangan untuk mendapatkan derma bagi pihak bapa Altantuya, Shaariibuu Setev telah diselesaikan," kata Karpal kepada suara Keadilan.

Karpal pernah bercadang sebelum ini bahawa beliau akan meminta jasa baik semua ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran jaminan kos itu bagi pihak keluarga Altantuya.

Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki mangsa, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak Baginda dan dua tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu.

Mereka mendakwa Altantuya telah ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 oleh Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) dan cebisan mayatnya ditemui di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 Nov 2006.

Berikutan itu, Abdul Razak dan kerajaan Malaysia sebagai defendan memfailkan permohonan agar keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

Selepas rayuan dibuat, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Mac 2010 mengarahkan keluarga Altantuya Shaariibuu membayar bon keselamatan berjumlah RM60,000 kepada kerajaan Malaysia dan Abdul Razak yang dianggap penasihat politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Plaintif dikehendaki mendeposit bayaran tersebut kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof semasa membuat keputusan itu di dalam kamarnya memberi tempoh tiga bulan untuk membayar wang tersebut, iaitu RM30,000 kepada setiap defendan (kerajaan Malaysia dan Abdul Razak).

Shaariibuu Setev juga dimaklumkan bahawa beliau telah cuba mendapatkan bantuan daripada ahli parlimen Mongolia kerana dia tidak berkemampuan dan jumlah bayaran agak besar, maka beliau cuba untuk mendapatkan bantuan dari ahli parlimen Malaysia.

Karpal yang mewakili keluarga Altantuya, menjelaskan bahawa beliau tidak akan membebankan keluarga Altantuya untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan AS$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya.


bila pun nak lari dr kna saman,letak bon rm60k kat pak altantuya..konon nak suruh balik mongolia la pasal takdak duit nak proceed saman..konon nak tutup kes la..aku tau sapa pnya keja..har,har,har..last2 kerajaan mongolia sendiri bg rm60k suruh saman jgak..baru betul..kerajaan sana lawan dgn kerajaan kat sini yang keja makan kantau ja 24 jam..ingat senang2 dah suntut minah tu,bunuh plak kat atas,lu buleh lari ka kawan..podahhh

JOM RAMAI2 PIYANGGG PTPTN

Kementerian Pengajian Tinggi Guna PTPTN Sekat Mahasiswa Berpolitik

KUALA LUMPUR 17 Jun - Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionial (PTPN) menahan permohonan 1,500 merupakan satu ugutan dan penganiayaan kepada mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) baru agar tidak terlibat dengan sebarang kempen pilihan raya.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi, wakil mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Riedzuan Othman berkata tindakan tersebut merupakan tindak balas penglibatan seorang mahasiswa tahun tiga kampus itu, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor April lalu.

"Tindakan Menteri Pengajian Tinggi melalui pegawai khasnya Suhaimi mengeluarkan arahan kepada PTPTN merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa.

GITU GITU GANJA



PETALING JAYA: Pelawak berusia 41 tahun yang ditahan bersama lima lagi suspek termasuk seorang wanita berhubung kes penyalahgunaan dadah dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Semalam, Majistret Nur Afida Idris membenarkan perintah reman terhadap keenam-enam suspek itu disambung sehari lagi bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pelawak yang memakai baju reman warna oren diiringi beberapa anggota polis tiba di mahkamah kira-kira 10.35 pagi. Turut kelihatan di mahkamah, beberapa ahli keluarga suspek.

Pada 13 Jun lalu, akhbar melaporkan pelakon dan pelawak yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan menganggotai sebuah kumpulan komedi terkenal itu ditahan di sebuah apartmen di PJS7, Subang Jaya oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Subang Jaya, kira-kira jam 10 malam.

Ketika serbuan, pelakon komedi terkenal itu bersama suspek lain yang semuanya berusia antara 20 dan 30-an berada dalam sebuah apartmen yang dipercayai miliknya.

Serbuan itu menemui beberapa peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 40 gram dan siasatan awal berdasarkan kuantiti bahan larangan terbabit mendapati ia untuk kegunaan sendiri.



saipol apek ni pun satu hal..saipol bukhori kna suntut..har,har,har..patut la lawak dia layan semacam ja,bedengung mau lebih kawan bru best..tapi dlm team dia,yassin aku tak mau komen tapi bob kuman confom tak ambik ganja sebab badan dok maintain gondu lg..slalu orang hisap ganja badan kurus..har,har,har..tapi tak leh cakap jugak sebab maradona ambik heroin tak jd kurus pun,har,har,har

MAMU PENANG DEMAM

Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang Bakal Naik RM9.40

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini meminta penjelasan daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berhubung jawapan lisan kadar tol yang meningkat daripada kadar asal RM7 kepada RM9.40 sehala.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi, Chin Tong berkata perlaksanaan kadar tol itu jelas membebankan rakyat dan tidak munasabah sama sekali

"Adakah kerajaan Umno-Barisan Nasional akan melanjutkan konsesi jambatan Pulau Pinang yang tamat konsesi pada tahun 2013 atau melanjutkan konsesi dan menaikkan kadar tol ?.

"Menurut jawapan lisan daripada menteri terbabit menjelaskan kadar tol jambatan Pulau Pinang Kedua berdasarkan 7 kelas pada tahun 2013 setelah siap operasinya merujuk pada kelas 2 iaitu bagi kereta, teksi, van dan ganda empat roda kecuali MPV adalah RM9.40.

"Kadar tol semasa adalah RM7 bagi kelas yang sama ini menunjukkan kenaik.kan ketara dan persoalannya adakah disebabkan jumlah pelaburan RM4.5 billion maka kerajaan Umno-BN akan melanjutkan konsesi dan menaikkan kadar untuk menampung kos jambatan kedua.

"Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga penduduk di kawasan sekitarnya. Kerajaan perlu bertolak ansur dalam soal ini agar kadar tersebut tidak membebankan rakyat apatah lagi dengan isu subsidi yang akan ditarik balik.

"Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang"

Dalam satu jawapan lisan yang lain, Chin Tong meminta penjelasan berhubung tahap kerja yang telah disiapkan dan mengapa terdapat peningkatan kos pembinaan sebanyak RM4.5 billion daripada kos asal iaitu RM4.3 billion pada tahun 2008 .

Namun katanya jawapan Menteri Kewangan itu mengelirukan yan menjelaskan bahawa jumlah kos pembinaan tidak meningkat dan kekal pada kos asal iaitu RM4.5 bilion yang dijangka dapat disiapkan menjelang September 2013.

Tambahnya Chin Tong, tujuan pembinaan jambatan kedua ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di samping bagi tujuan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan tetapi nampaknya tujuan tersebut telah lari daripada matlamat asal.


ni satu lagi dok pekena orang..dah la skg ni rm7 pun orang dah nazak kna byar tol..ni nak up plak lg rm2.4..confom kna kapan terus..har,har,har..padahal skg ni dianggarkan 200 000 knderaan masuk tol jmbtan png tiap hari..motor,keta,lori,van semua skali totall,tolak beca ja har,har,har..mmg dah tau duit tol ni kerajaan akan dapat sampai mati apa lah salah klu kurang ke rm5,pun dah untung..tapi mampus pi dgn orang,janji perut aku hari2 makan kat hotel..har,har,har


Thursday, June 17, 2010

TUKAR TOPIK MEMANG KEJA DEPA

"Di mana bukti bahawa terdapat
kegiatan pengganas? Jika ancaman
sebegitu mengugatkan mengapa
suspek berkenaan diekstradisi
tanpa didakwa?” soal Anwar Ibrahim.

selanjutnya..

Wednesday, June 16, 2010

AFGHANISTAN LUBUK DUIT




Sememangnya bumi kita dilimpahkan dgn pelbagai sumber.Setiap negara mahupun kawasan mempunyai keunikan dan bahagian masing-masing.Ketakutan Amerika dek laporan mengatakan yg mana kebangkitan China dan India yg bakal menjadi kuasa besar dunia iaitu masing-masing pada tahun 2024 dan 2028 menyebabkan timbul pelbagai konspirasi termasuk runtuhan WTC dan termasuk juga siri membanteras keganasan iaitu di Afghanistan mahupun perang di Iraq.

Akhirnya tak juga aman negara tersebut.Makin haru-biru dibuatnya sejak kemasukan tentera Amerika,Britain dan lain-lain,atas tugas keaman kononnya.Tetapi selepas ini suasana di Afghanistan dikatakan akan berubah daripada negara miskin kpd sebuah negara yg kaya-raya dan boleh buat duit dgn penemuan salah satu pusat perlombongan penting didunia.Tahniah,syukur dgn Rahmat dan nikmat yg diberikan Tuhan...

Bukan sikit-sikit nilai yg dijumpai yg mana Amerika Syarikat telah menemui lapisan minieral yg bernilai sehingga USD 1 trillion di Afghanistan sehinggakan Afghanistan di jangkakan menjadi 'Arab Saudi bagi lithium'.Antara lapisan mineral yg ada ialah;
1.besi(sumber terbesar setakat ini dijumpai)
2.kobalt
3.tembaga
4.emas(kawasan Pashtun,diselatan Afghanistan)

Lapisan lithium di Afghanistan dikatan sama byk berbanding dgn apa yg terdapat di Bolivia,yg buat masa ini merupakan negara yg mempunyai sumber litium terbesar duni.Litium merupakan bahan mentah utama yg digunakan bagi menghasilkan bateri bagi komputer riba dan lain-lain elektronik.

Tetapi masalah disini,Afghanistan tidak mempunyai industri atai prasarana perlombongan jadi ini mungkin mengambil masa utk mereka buat duit dan bakal mengambil beberapa dekad utk negara Afghanistan memanfaatkan kekayaan mineralnya.
:Hakikatnya..atas nama keamanan,Afghanistan terus menjadi "korban" Amerika.

macam kat malaysia ja crita ni..kelantan ada minyak,tapi duit royalti minyak kat orang kelantan satu sen pun tak leh cium..har,har,har

Sunday, June 13, 2010

KA BINI DIA YANG SURUH BATAL

Najib Arah Batal Sidang Media Lesen Judi

SHAH ALAM 12 Jun - Kerajaan Umno-Barisan Nasional sememangnya tidak mempunyai keazaman politik dan hanya bermain bermain sandiwara berhubung lesen judi sukan bola sepak yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada Ascort Sports Sdn Bhd.

Pengerusi Biro Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom tidak ada kekuatan iltizam walaupun secara keseluruhan rakyat telah menolak usaha Umno-BN untuk menyebarluaskan gejala judi di negara ini.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuma bersandiwara kerana tekanan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang berpengaruh dan kuat sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab pula tidak ada keberanian untuk menegur Perdana Menteri apabila tunduk dengan tekanan pihak tertentu.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut menegur supaya kerajaan Umno-BN mendengar suara rakyat tapi nampaknya seperti tidak diendahkan," ujar Dr Muhammad Nur.

Katanya lagi, pemimpin Umno-BN hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat implikasi buruk yang bakal dihadapi masyarakat dengan gejala sosial tersebut.

"Tidak keterlaluan kalau dikatakan pemimpin Umno-BN sememangnya sinonim dengan aktiviti judi dan pertaruhan. Najib tidak konsisten dengan kenyataannya untuk mengkaji semula kelulusan lesen judi sukan.

Pagi tadi, sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Jamil Khir telah dibatalkan pada saat-saat akhir dan menurut sumber pembatalan itu adalah atas arahan Perdana Menteri.

Kira-kira 40 orang petugas media yang menunggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam hampa selepas diberitahu sidang media itu dibatalkan.


habih tu dah makan gaji dgn boss takan boss nak biar anak buah sendiri hamput..semua dah jd pecacai,jgn jd bangkai sudah..har,har,har

KAPAL ISRAEL DI MALAYSIA

Kesatuan Kakitangan Northport Bantah Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia

PELABUHAN KLANG 12 Jun - Kira-kira 100 ahli Kesatuan Kakitangan Northport (Malaysia) Bhd (NMB) hari ini berdemonstrasi secara aman di hadapan pintu utama kontena Terminal 1 di sini bagi mendesak kerajaan tidak membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara.

Presidennya Ahmat Abu berkata pihak berkuasa di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan operator pengendalian terminal pelabuhan seharusnya lebih peka dan bertindak secara kolektif, telus dan berani selaras dengan semangat bersatu menentang kekejaman Israel.

"Kami mendesak pihak berkuasa di LPK, Northport, Westports dan Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan pendirian bagi memboikot kemasukan kapal-kapal dari Israel sama ada untuk tujuan dagangan atau tujuan lain, melakukan persinggahan di pelabuhan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kesatuan itu akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung kemasukan kapal Israel ke Pelabuhan Klang kepada pengurusan Northport hari ini.

Sebelum ini, kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei dan 7 Jun lepas menimbulkan persoalan kerana Malaysia dan Israel tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa kapal kargo Israel dibenar memasuki pelabuhan di negara ini untuk tujuan perdagangan.

Bernama


hampeh..cakap tak seropa bikin

Friday, June 11, 2010

MALAM NI TIUP WISEL

FIFA World Cup 2010 - South Africa

Argentina soccer jerseys with Lionel Messi's number 10 hang for sale prior to the South Africa 2010 World Cup, in Buenos Aires, Tuesday, June 8, 2010.


malam ni game openning s.africa vs mexico..jom pakat2 stanby rkok 2 karton..har,har,har..jom pakat2 sokong argentina..england tak payah sebut la,tak best pun..glamour ja lebih..har,har,har

PELURU BERPANDU S-300

Russia says Iran sanctions do not bar missile deal

By Dmitry Solovyov

MOSCOW (Reuters) - Russia's Foreign Ministry said Thursday that new U.N. sanctions against Iran over its nuclear program did not oblige Moscow to scrap a controversial deal to deliver surface-to-air missiles to Tehran.

Russia's Foreign Minister Sergei Lavrov in Moscow March 27, 2009. Russia's Foreign Ministry said that new U.N. sanctions against Iran over its nuclear program did not oblige Moscow to scrap a controversial deal to deliver surface-to-air missiles to Tehran. (REUTERS/Alexander Natruskin/Files)

Foreign Minister Sergei Lavrov said Moscow was also in talks on building more nuclear power plants in Iran in addition to the Bushehr site, due to open in August after years of delay. Such action would be sure to rile the West.

The U.N. Security Council's adoption -- with Kremlin support -- of a fourth round of sanctions against Iran on Wednesday raised fresh questions over the future of Russia's contract to sell S-300 missiles to Tehran, a foe of the United States and Israel.

Foreign Ministry spokesman Andrei Nesterenko spoke after the Interfax news agency quoted an unnamed Russian arms industry source as saying Moscow would freeze the S-300 contract because of the newly passed sanctions.

"The U.N. Security Council decision is binding for all countries and Russia is no exception," Interfax quoted the source as saying. "Naturally, the contract to deliver S-300 missile systems will be frozen."

But Nesterenko said that portable missile systems like shoulder-launched weapons were the only air defense weapons whose sale to Iran would be banned under the sanctions.

"Air defense weapons, with the exception of portable missile systems, are not included in the U.N. registry of conventional weapons which are mentioned by the resolution on Iran," he said.

The Security Council resolution bans the sale of missile systems listed in the United Nations Register on Conventional Arms. That register does not include the S-300 so the contract would not technically be banned.


iran jet pejuang pn dah ada..buat sendiri,russia support teknologi..msia klu buat jet pn tak guna..tak leh terbang pasal enjin hilang..orang atas makan kantau..har,har,har..klu tak makan camno pokcik nak kayo..har,har,har


MALYSIA KU KINI

Mapim, Shura Desak Halau Kapal Zionis Israel Dari Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR 10 Jun - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

"Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan.

Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul GhaniSamsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!," tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.


har,har,har..

Thursday, June 10, 2010

BILA MASA PLAK DAH BUAT GST

GST kekal empat peratus

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada empat peratus kepada 10 peratus dalam tempoh 10 tahun kerana tidak mahu rakyat menerima impak negatif.

:Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek berkata, kerajaan yakin, walaupun GST ditetapkan pada kadar empat peratus, ia akan dapat memberi kesan yang neutral kepada inflasi dan hasil kerajaan secara keseluruhannya.

:Menurutnya, kutipan hasil cukai juga boleh bertambah menerusi sistem GST yang lebih efisien dan pematuhan yang lebih tinggi.

“Yang penting ialah memastikan maklumat mengenai mekanisme dan pelaksanaan GST dapat disampaikan kepada seluruh rakyat,” katanya menjawab pertanyaan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Awang Adek berkata, matlamat utama GST ialah menyusun semula sistem percukaian negara agar lebih komprehensif, efisien, telus dan mesra perniagaan.

Katanya, GST bakal menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan mempunyai banyak kelebihan yang mengatasi kelemahan sistem percukaian sedia ada.

Beliau juga berkata, GST tidak akan meningkatkan kos perniagaan, malah menjadikan harga barangan dan perkhidmatan lebih kompetitif dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Ini disebabkan GST yang dibayar peniaga ke atas input perniagaan seperti bahan mentah:, bil telefon, peralatan pejabat dan sebagainya, boleh dituntut sebagai kredit daripada kerajaan,” katanya.

:Kewajaran melaksanakan GST, Awang Adek berkata, tahap pendapatan negara bukan ukuran kerajaan melaksanakan GST.

:Ini kerana banyak negara lain yang telah melaksanakan GST walaupun pada dasarnya pendapatan per kapita negara-negara tersebut lebih rendah berbanding Malaysia.

“Venezuela, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Sudan sudahpun melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap pendapatan per kapita bukan menjadi ukuran bagi melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Awang Adek berkata, sebanyak 126 program telah dilaksanakan untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan GST yang melibatkan 18,000 peserta, dan maklum balas yang diterima, agak memberangsangkan. - Bernama

ni satu lagi dok nak tipu orang..gst (goods service tax=geng songkok tinggi)..gst tak buat lg pun dah bgtau kata takan naik smpai 10%..konon nak bgtau kata klu ikut tu nak buat 10% tp bg diskaun kat rakyat,kita buat 4%..padahal hangpa memang nak buat 4% ja pun dr awal bukan nya 10%..aparaa pnya idea nak tunjuk bagus sngat..orang klantan patut mau bantai ja mamat ni sampai pitam,dia la keja dok bg idea kat najib bab judi bola hari tu..har,har,har


TIPU KANAN TIPU KIRI

Najib berbohong pasal hutang negara?
http://www.malaysiawaves.com

Najib Tun Razak telah dilaporkan oleh Utusan Melayu sebagai berkata:

Dalam pada itu, Najib berkata, jumlah hutang negara pada 2009 telah berkurangan kepada RM233.92 bilion daripada RM236.18 bilion pada 2008.

Bagaimanapun, katanya, peratus hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sedikit kepada 34.3 peratus pada 2009, berbanding 31.9 peratus pada 2008.

"Pengurangan ini adalah disebabkan bayaran balik bersih hutang jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).

Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan," katanya.


Namun, saya telah memeriksa Laman Web Bank Negara dan angka yang diberi oleh Najib Tun Razak itu tidak serupa dengan apa yang dilaporkan Bank Negara.

Mengikut angka Bank Negara Malaysia, jumlah hutang negara adalah RM 378,302 juta . Manakala, Najib cuma mengatakan RM233.92 bilion sahaja.

Soalan saya kepada Najib Tun Razak, di mana beliau mendapat maklumat beliau? Hakikatnya, hutang Malaysia pada waktu ini berada di tahap 53% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Ertinya, setiap ringgit yang dikumpul kerajaan, 52 sen harus dibelanjakan untuk membayar hutang. Hanya 48 sen sahaja yang boleh digunakan untuk membantu rakyat. Itu kalau kerajaan BN nak bayar hutang. Kalau duit tu diguna untuk mengkayakan kroni, bertambah lagi lah hutang kita tahun depan.

Kita semua tahu, maklumat Perbendaharaan Malaysia yang sedang digunakan oleh Najib telah disanggah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (KPI), Tan Sri Koh Tsu Koon.
Di dalam kenyataan beliau yang terbaru, Koh berkata:

However, Koh said the discrepancy in the subsidy figures given by the Treasury and Pemandu is due to the differences in the definition and classification of expenditure and their sources.
"The Treasury's figures refer only to direct subsidies, involving only the Treasury, while those of Pemandu's include all indirect subsidies and from public sources," he explained.


(Tan Sri Koh adalah Pengerusi PEMANDU manakala Idris Jala adalah CEO PEMANDU, yakni sebuah badan yang memantau prestasi ekonomi negara dan kerajaan)

Jelas, Koh menafikan data-data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia yang jelas tidak lengkap, tidak seperti yang dikeluarkan oleh PEMANDU.

Kita lihat Najib kerap menipu untuk menutup kelemahan pentadbiran ekonomi Barisan Nasional.

Najib telah menipu dalam isu peratus GDP negara pada Suku Pertama 2010, pemberian lesen judi pada Vinsetan dan sekarang nak menipu berkenaan kadar hutang negara pula.

Lepas ni kita tak tau apa lagi bohong yang akan dinyatakan oleh Najib Tun Razak?


dia keja dok tipu orang..bgtau la hutang betul2 kat rakyat,bgtau kata rizab bank negara pun dah nak pokai,tu la yang buat mcm2 skrg..GST,tarik subsidi la,saman ekor tak leh kurang kompaun la..bila masa pun dok tipu orang..

Wednesday, June 9, 2010

PENAMA KWSP CONFOM KA DIA DAPAT

Caruman KWSP tidak dikira harta sepencarian

2010/06/09

TIMBUL persoalan sama ada wang simpanan yang ada di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah harta milik peribadi pencarum atau sebagai harta sepencarian yang boleh dituntut oleh satu pihak lagi, bekas isteri mahupun bekas suami.

Harta berupa caruman wang KWSP si mati tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian melalui sumbangan secara tidak langsung jika dirujuk kepada konsep asalnya. Sebaliknya, ia menjadi harta pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Dengan itu, KWSP adalah harta milik peribadi pencarum dan hanya pencarum yang mempunyai hak mutlak ke atas wang itu.
Melihat kepada konsep dan kepentingan ini, maka fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000, menjelaskan seperti berikut:
  • Wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid;

  • Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid;

  • Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatkan KWSP menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.

    Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia. Fatwa itu menjelaskan perkara berikut:

  • Wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka.

  • Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.
    Berdasarkan fatwa-fatwa yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa wang simpanan KWSP adalah hak milik mutlak pencarum yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid apabila pencarum meninggal dunia dan bukan harta sepencarian.

    Oleh yang demikian, tuntutan yang berkaitan dengan wang simpanan KWSP supaya diisytiharkan sebagai harta sepencarian adalah bercanggah dengan fatwa yang diputuskan di atas. Penolakan ini juga wajar kerana selari dengan Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mentafsirkan seperti berikut:

    ‘Harta sepencarian’ ertinya harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak. Di bawah seksyen sama, hukum syarak diertikan sebagai ‘hukum syarak mengikut Mazhab Shafie iaitu mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali.’

    Keputusan fatwa juga menetapkan Bahagian Undang-Undang JAKIM hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.

    Pelantikan penama hanyalah sebagai amalan biasa dalam KWSP mahupun institusi kewangan seperti Tabung Haji dan bank.

    Majlis Raja-Raja kali ke-96 pada September 1973 memberi pendapat dikeluarkan sebagai fatwa seperti berikut: “Penama KWSP, wang simpanan pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati daripada sumber itu untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.”

    Jelasnya, konsep dan pembahagian harta sepencarian di Malaysia dikanunkan di dalam Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri. Mahkamah Syariah negeri-negeri diberi bidang kuasa eksklusif untuk mendengar dan membicarakan tuntutan harta sepencarian bagi mana-mana pasangan orang Islam yang bercerai.

  • http://www.bharian.com.my


    bnyak sngat crita pasal duit kwsp ni..klu betul kna bg ikut faraid kna bg orang paham btul2..ni bnyak orang tak paham pasai tu pi bubuh pnama kt epf mcm2..bini 50%..anak 1st 25%..anak 2nd lg 25%..ada yg pi bubuh anak smua 100% tkut nti bini dia kwin lain lpas dia tak dak..jd seelok nya pi pjabat epf,confom btul2 dgn pegawai pasal benda ni..klu rasa malas lagi bagus,tak payah letak penama,kira sedekah terus kat amanah raya bg diorg kaya raya..har,har,har

    Tuesday, June 8, 2010

    LESEN GULA VS LESEN JUDI

    Tuesday June 8, 2010


    KUALA LUMPUR: Some 20,000 retailers nationwide will stop selling sugar, cooking oil and flour from June 15 because they are unhappy with the Government’s ruling that they need a licence to sell these essential items.

    The Federation of Sundry Goods Merchants Associations conveyed this to Datuk Seri Dr Chua Soi Lek when they met yesterday although the MCA president urged them to reconsider the move.

    Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, however, is determined to go ahead with the licence requirement despite the “threat”, saying that this was to check hoarding.

    However, he said he would meet the retailers to see what else could be done.


    lesen kna direct terus klu nak apply..jgan plak ada satu company yg jd third party plak yg dok makan kantau..semua tu aku dah buleh baca dah..har,har,har


    Monday, June 7, 2010

    KITA SEMBANG JA LEBIH..HABUK PUN TARAK..

    Iran Revolutionary Guards ready to escort Gaza ships

    TEHRAN (Reuters) - Iran's elite Revolutionary Guards are ready to provide a military escort to cargo ships trying to break Israel's blockade of Gaza, a representative of Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei said on Sunday.

    "Iran's Revolutionary Guards naval forces are fully prepared to escort the peace and freedom convoys to Gaza with all their powers and capabilities," Ali Shirazi, Khamenei's representative inside the Revolutionary Guards, was quoted as saying by the semi-official Mehr news agency.

    EDITORS' NOTE: Reuters and other foreign media are subject to Iranian restrictions on leaving the office to report, film or take pictures in Tehran. A member of Iran's Revolutionary guard stands guard next to an Iranian flag during an anti-U.S. ceremony in Azadi (freedom) Square in Tehran April 25, 2010.

    Any intervention by the Iranian military would be considered highly provocative by Israel which accuses Iran of supplying weapons to Hamas, the Islamist movement which rules Gaza.

    Iran does not recognise the Israeli state and President Mahmoud Ahmadinejad has often predicted its imminent demise.

    Last Monday Israeli troops killed nine activists on board one ship in a convoy trying to deliver aid to Gaza, sparking international outrage, especially in Muslim countries.

    Another ship was boarded on Saturday and pro-Palestinian activists have promised more as they challenge the blockade imposed four years ago with the stated aim of stopping arms getting to Hamas.

    Shirazi said Iran should encourage more international efforts to break the blockade. "We should expose our enemies to a spontaneous global action and not let them achieve their heinous goals," he said.

    Prime Minister Benjamin Netanyahu has said Israel will continue to prevent ships from reaching the shore and creating "an Iranian port in Gaza", a reference to Iran's support for Hamas.

    The Revolutionary Guards, with their own navy, air force and command structure separate from the regular armed forces, are seen as fiercely loyal to the Supreme Leader.

    "If the Supreme Leader issues an order for this then the Revolutionary Guard naval forces will do their best to secure the ships," Shirazi said. "It is Iran's duty to defend the innocent people of Gaza."

    Israel and its ally the United States have refused to rule out military action against Iran to prevent it from getting nuclear arms capability -- something Israel sees as a threat to its survival.

    Tehran says its nuclear programme is for energy generation and medical purposes and calls its nuclear-armed adversaries hypocrites for trying to block its technological progress.

    Copyright © 2010 Reuters

    semua negara islam ptt respek dgn iran..ni tak sekali bg ucapan..beta berasa amat kesal dan mengutuk sekeras keras nya serangan ke atas knvoi ke gaza..podahhh..sembang jangan bg orang bimbang,lu ingat skrip drama harun salim bachik ka

    LAGI ISU WARGA ASING


    Monday June 7, 2010

    Prices soaring due to shortage of workers, claim farmers


    CAMERON HIGHLANDS: Prices of vegetables have almost doubled since April partly due to a dearth of manpower, farmers here claimed.

    Cameron Highlands Vegetable Farmers Association secretary Chay Ee Mong said the shortage of foreign workers had reached a critical stage, causing a steep hike in the cost of greens.

    Vegetable prices from the highlands had increased between 50% and 100% since April, he added.

    Citing examples, Chay said English cabbage had gone up by 40 sen to RM1.60 per kilo, leafy mustard (sawi) price doubled to RM4, French beans (from RM2.50 to RM4), dwarf white mustard or siew pak choy (from RM1.50 to RM4), and tomato (from RM1 to RM1.50).

    Vegetable farmers here are appealing to the Government to review a regulation on reducing the number of foreign workers from 2.5 million to 1.8 million.

    They also want the Government to lift the ban on workers from Bangladesh.

    Chay said the price hike was also a result of a reduction of imported vegetables due to natural disasters in countries like China.

    Cameron Highlands produces 550 tonnes of vegetables daily, of which 80% is for the local market and the rest exported to Singapore.

    Chay said many farmers were forced to operate with a skeleton crew and also work additional hours to meet demand because they had difficulties in hiring foreign workers.

    ”We hope the Government will approve the entry of 5,000 foreign workers, especially Bangladeshis, for farms here,” he said yesterday.

    The freeze on hiring Bangladeshi workers was re-introduced by the Home Ministry in October 2007 in view of the “scandals” surrounding their intake.

    Chay said farmers preferred Bangladeshi workers because they were reliable, hard working and were prepared to work for more than five years.

    He said only 10% of workers in Cameron Highlands were locals, comprising mainly orang asli.

    A Brinchang farmer, Chong Sek Chuang, 47, said it took farmers about a year or two to train a new foreign worker.

    By not extending their permits, he said Malaysia would become a training ground for workers.

    “They can easily seek higher pay as skilled workers elsewhere,” he said.

    ”We will lose whatever competitive advantage we have.”

    newsdesk@thestar.com.my

    Sunday, June 6, 2010

    SAMAN EKOR

    Kenderaan ingkar saman ekor disenarai hitam


    2010/06/05

    PUTRAJAYA: Pemilik kenderaan yang didapati tidak menghiraukan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai ‘saman ekor’ turut disenarai hitam sama seperti mereka yang tidak membayar kompaun kesalahan lalu lintas biasa, POL 257, yang ditandatangani ketika disaman, berkuat kuasa April lalu.

    Kenderaan yang disenaraihitamkan itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui cukai jalan atau urusan lain dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
    Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata polis mula menguatkuasakan sepenuhnya peraturan itu sejak April lalu selepas ia berlembut dalam isu ‘saman ekor’ sebelum ini.
    Abdul Aziz berkata, peruntukan untuk menyenarai hitam kenderaan yang terbabit dengan pengeluaran saman ekor termaktub mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sama seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menerima saman biasa yang ditandatangani ketika dikeluarkan.

    POL 170A yang juga dikenali sebagai saman ekor adalah notis yang dihantar polis kepada pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas, mengarahkan pemilik kenderaan terbabit memberikan maklumat pemandu yang memandu kenderaan itu ketika kesalahan dilakukan.

    Bagaimanapun, ramai pemandu mengingkari notis berkenaan menyebabkan tindakan senarai hitam terpaksa dilakukan.

    Abdul Aziz berkata, tindakan itu dilakukan untuk mendisiplinkan pemandu di negara ini.
    “Tidak ada sebab untuk sesiapa pun terkejut dengan tindakan undang-undang seperti itu kerana pematuhan kepada undang-undang adalah tanggungjawab semua,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

    Beliau berkata, berikutan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan itu, mereka yang mempunyai saman atau saman ekor tertunggak perlu melunaskan kompaun untuk mengelakkan disenarai hitam dan menghadapi masalah untuk membayar cukai jalan atau lesen memandu pada masa depan.

    Sementara itu, pegawai kanan JPJ berkata, polis mungkin terpaksa mengambil tindakan itu kerana ramai pemandu yang tidak mengendahkan notis yang diterima.

    “Notis berkenaan memerlukan kerjasama pemandu supaya memberikan maklumat berkaitan pemandu kenderaannya ketika kesalahan dilakukan, jadi ia perlu dipandang serius,” katanya.

    Saman ekor dikeluarkan ketika polis tidak dapat menahan sesebuah kenderaan ketika kesalahan dilakukan sama ada kerana kesesakan lalu lintas, terlalu banyak kenderaan di jalan raya atau di persimpangan lampu isyarat.

    mendisplinkan pemandu apa..poodahh..senang cerita bgtau la kerajaan fulus takdak dah skg ni,klu ada hutang 5 sen pun cnfom snggup tntut..har,har,har

    Friday, June 4, 2010

    NI LA MENTERI MITHALI


    KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan mengadakan penerbangan khas untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel.

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain melibatkan kos yang tinggi, setakat ini tiada permintaan untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera.

    "Jika nak bawa guna Charlie (pesawat pengangkut), kosnya tinggi... jadi saya tidak nampak sebarang keperluan itu buat masa ini selain tidak ada permintaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Mindef di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

    Bagaimanapun, beliau berkata kesemua 12 sukarelawan Malaysia itu turut dibantu oleh Atase pertahanan Malaysia di Jordan sebaik dilepaskan dari tahanan tentera Israel.

    "Selain diberikan makan minum, kesemua mereka turut diterangkan atase pertahanan tentang beberapa langkah yang perlu diambil untuk pulang ke Malaysia," katanya.

    Dalam kejadian itu, kapal Turki yang membawa bekalan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan ke Gaza telah diserang tentera Israel ketika berada kira-kira 68 batu nautika di luar perairan negara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban.

    Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani turut berada dalam kapal tersebut dan mereka dibebaskan dan dibawa ke Jordan.

    Zahid turut menggesa negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel agar mengkaji semula hubungan tersebut bagi menentang tindakan Israel yang telah bertindak di luar garis-garis diplomatik.

    Beliau berkata masyarakat dunia bukan hanya perlu mengutuk tindakan Israel tetapi perlu bertindak menghentikan hubungan diplomatik dengan negara tersebut yang biadap dan tidak berperikemanusiaan.

    "Tindakan yang dilakukan oleh Israel itu diluar garis-garis diplomatik kerana menggunakan kekerasan dan melakukan tindakan di perairan antarabangsa yang tidak pernah selama ini dilakukan oleh mana-mana negara di dunia," katanya. - BERNAMA


    sumber:http://mstar.com.my/berita/20100603143551

    syabas rakyat msia kerana memilih zahid hamidi jd pak menteri..tak buleh nak bwak balik rakyat sendiri pkai charlie sbb kos tinggi..podahhh..time najib pi jumpa obama hari tu naik jet kos rendah ka..cakap mcm pa***..hangpa pandai pi,hangpa pandai2 la balik..har,har,har

    LAGI HAL KAT KUALA NERANG..


    Lenyap isu empat ADUN Pakatan Rakyat lompat parti di Kedah, muncul pula satu isu baru kononnya seorang ADUN Barisan Nasional pula akan melompat ke dalam PAS. Tiupan khabar sensasi itu laju juga dibawa angin. Sekalipun ia khabar angin, setiap yang mendengarnya akan tertanya-tanya. Ia tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. Maknanya, suasana politik pasca Tsunami hari ini, sukar lagi untuk menidakkan andaian politik yang dulunya dianggap karut dan merapu.

    ADUN yang dimaksudkan itu ialah Syed Sobri Syed Hashim, memenangi kerusi Kuala Nerang dalam pilihanraya umum lalu mengalahkan Ustaz Zawawi Ahmad dari PAS dengan majoriti 805 undi.

    Sebelum menceburi politik sepenuh masa, Syed Sobri adalah tokoh korporat. Mungkin kerana ‘kehebatannya’ maka beliau dilantik sebagai CEO Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

    Dalam pilihanraya umum 2008 Syed Sobri boleh dianggap sebagai calon BN yang ‘terlepas pandang’ oleh kepimpinan tertinggi parti itu. Sebaik diisytiharkan calon, beliau ditelanjangkan habis-habisan oleh pihak dalam partinya sendiri. Pelbagai isu, termasuk skandal peribadi didedahkan. Semua itu bukan kerja orang PAS kerana rakan-rakan yang pernah rapat dengannya sahaja yang tahu semua rahsia tersebut. Jika PAS ada maklumat begitu pun, bukan caranya sebuah parti Islam mengaibkan musuhnya begitu teruk. Umno adalah musuh tradisi PAS, namun PAS tetap berpegang kepada amalan Islam berakhlak sekalipun dalam peperangan. Semua yang berlaku itu adalah catatan awal yang mungkin membawa Syed Sobri terasa hati dengan pihak tertentu dalam Umno sendiri.

    Ditakdirkan Syed Sobrie menang juga. Beberapa bulan selepas bergelar ‘YB’ dia menerima penangan pertama dari mahkamah apabila diisytiharkan muflis. Baru terbongkar rupanya beliau menghadapi masalah kewangan yang rumit. Pengisytiharan muflis itu untuk satu kes, sedangkan banyak lagi kes lain yang menunggu.

    BN tidak sanggup menghadapi pilihanraya ketika mereka menghadapi kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya kecil. Najib mengarahkan sebanyak mana pun hutang ADUN Kuala Nerang itu, ia mesti dilunaskan. Walaupun Speaker DUN Kedah, Dato’ Dr. Isa Ismail telah menghantar notis kehilangan kelayakan sebagai ADUN akibat muflis kepada SPR, namun notis itu tidak terpakai apabila hutang Syed Sobri sebanyak RM150 ribu diselesaikan segera oleh pihak Najib.

    Di kalangan musuh politik beliau dalam parti tidak senang dengan keistimewaan yang diberikan kepadanya. “Untung jadi YB, hutang banyak mana pun PM lunaskan..” kata-kata sindiran itu terpancul dari mulut pemimpin-pemimpin Umno yang tidak puas hati.

    Masalah besar bagi Syed Sobri ialah kes-kes mahkamah lain yang sedang menunggu untuk dia dimufliskan. Khabarnya hampir RM11 juta. Sanggupkah Najib menanggung biawak hidup hanya untuk selamatkan maruah BN dari lenyap satu lagi kerusi selepas Kota Siputeh?

    Di kalangan pemimpin Umno yang lain di Kedah sudah mula merungut, “Kami pun banyak hutang awat Najib tak tolong?” Syed Sobri sebenarnya yang lebih tertekan dengan suara sinis seperti itu.

    BN mempunyai pilihan untuk melewat-lewatkan kes mahkamah terhadap Syed Sobrie. Sehingga selepas tiga tahun PRU ke 12, kes tersebut boleh dibicarakan di mahkamah dan beliau dimufliskan. BN tidak bantu lagi kali ini dan mereka hilang satu kerusi. Sekalipun hilang namun tiada pilihanraya kecil. RM11 juta duit yang diguna untuk membantu Syed Sobri boleh diagihkan kepada 15 bahagian Umno di Kedah. Besar nilainya sebagai modal untuk menentang PAS dalam usaha merampas Kedah.

    Cara tersebut tetap menjatuhkan maruah BN kerana mereka hilang kerusi. Maka cara terbaiknya ialah Najib (dengan kuasa yang ada) melambat-lambatkan lagi kes mahkamah tersebut sehingga selepas PRU ke 13.

    Sama ada cara pertama atau kedua, Syed Sobri terpaksa menanggung akibatnya bersendirian. Dia akan diiystiharkan muflis. Sekarang pun kerjaya politik beliau nampak sudah di penghujung. Orang bermasalah sepertinya tidak mungkin diberi peluang menjadi calon untuk PRU ke 13 nanti. Dia akan senasib dengan Dato’ Abu Hasan Sarif di Kota Siputeh.

    Dalam satu perkembangan yang lain Syed Sobri dilihat jinak dengan PAS. Dia dilaporkan bertemu secara sulit dengan pemimpin PAS. Beliau adalah satu-satu ADUN BN yang menyambut kedatangan Menteri Besar yang berkunjung ke daerah. Dia pernah dilihat bersolat jamaah berdua dengan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria. Ustaz Nasir imam, dia makmun. Semua itu menjadi buah mulut rakyat Kedah.

    Apabila tersebar khabar angin bahawa Syed Sobri akan masuk PAS ia menyempurnakan jalan cerita yang telah dimulakan. Dengan latarbelakang masalah peribadi yang dilaluinya, ramai yang lebih percaya bahawa ia cuma perang saraf atau ugutan untuk menakutkan Najib, berbanding keikhlasannya (jika) menyertai PAS.

    “Saya tidak menolak kemungkinan tindakan mengejut Syed Sobri adalah satu gimik untuk memeras ugut kepimpinan Umno negeri untuk memenuhi permintaan dan hasrat peribadi beliau semata-mata,” kata Dato’ Rozai Shafian selaku Setiausaha BN Negeri Kedah. Pandangan Rozai diterima ramai, tetapi ditempelak habis-habisan oleh Syed Sobrie sambil mendedahkan segala kelemahan Rozai dalam memimpin Umno dan BN. Ia menimbulkan babak pertelagahan yang baru dalam Umno.

    Episod kehilangan kerusi DUN Kota Siputeh belum berakhir. Jika berlaku pilihanraya kecil BN belum tentu menang. Kerusi DUN Gurun masih di awangan apabila ADUNnya, Dr. Leong Yong Kong mengisytiharkan bercuti dari politik MCA. Ia gara-gara kecewa dengan kemelut politik parti itu akhir-akhir ini.

    Dalam ura-ura kononnya akan berlaku lompat katak ADUN KeADILan dan DAP, terdapat perancangan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Dr. Leong menegaskan lebih awal kepada pihak Menteri Besar bahawa dia sekali-kali tidak akan menyokong usul tersebut. Sikap itu tidak menyenangkan BN, sekalipun beliau tidak lompat parti.

    BN merancang untuk menggugat kerajaan Pakatan Kedah melalui isu lompat parti, pembubaran DUN ataupun kerajaan katak. Namun yang pasti kini tiga buah kerusi mereka pula yang tergugat; Kota Siputeh, Gurun dan Kuala Nerang. Benarlah maksud firman Allah, “Manusia merancang, Allah juga merancang…”


    http://www.harakahdaily.net/v2/index


    aku dah buleh agak dah..semua pasal duit..takdak duit masuk pas,dpat duit masuk bn plak..yang brahim ali plak bru fail saman kt saifuddin rm2juta..mcm mana tak saman,keja dok buat demo memanjang,pekasa ka pekasam,keja tak mau dah tak dak duit nak soru..last2 cari lah mamat mana yg buleh dia saman..har,har,har

    Related Posts with Thumbnails

    Mari sembang sini

    Followers