Negara yang ku sayangi.usah kita biarkan terhancur oleh sekutu-sekutu yang merosak jiwa bangsa dan agama.
Saturday, June 26, 2010
FELDA PULAK DAH BANKRAP
FELDA HILANG RM8 BILION BUKANNYA TM2.7 BILION – harakah daily
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Ahmad Maslan.
Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.
Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:
a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.
"Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.
Menurut Husam, kenyataan Ahmad Maslan seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.
Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!
Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion
"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 billion!" tegas Husam dalam blognya.
hari tu pos malaysia rugi 200 juta lebih..sime darby yg ada share asb lingkup 1 billion lebih..skg felda plak..ptut la time prk hulu selangor senang2 ja bg rm50k satu family tu pun sebelum prk dpat 1k dulu,lg 49k pas prk hulu slangor cha..aku tak tau dapat ka tak lg 49k tu smpai skg..har,har,har..pandai depa bg kt felda skit,balaih duit tu blik bnyak..yg geng felda plak mcam pak kadok tak tau apa..duit felda dah cerah woi..bukak la mata skit..har,har,har
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment