:Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek berkata, kerajaan yakin, walaupun GST ditetapkan pada kadar empat peratus, ia akan dapat memberi kesan yang neutral kepada inflasi dan hasil kerajaan secara keseluruhannya.
:Menurutnya, kutipan hasil cukai juga boleh bertambah menerusi sistem GST yang lebih efisien dan pematuhan yang lebih tinggi.
“Yang penting ialah memastikan maklumat mengenai mekanisme dan pelaksanaan GST dapat disampaikan kepada seluruh rakyat,” katanya menjawab pertanyaan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.
Awang Adek berkata, matlamat utama GST ialah menyusun semula sistem percukaian negara agar lebih komprehensif, efisien, telus dan mesra perniagaan.
Katanya, GST bakal menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan mempunyai banyak kelebihan yang mengatasi kelemahan sistem percukaian sedia ada.
Beliau juga berkata, GST tidak akan meningkatkan kos perniagaan, malah menjadikan harga barangan dan perkhidmatan lebih kompetitif dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
“Ini disebabkan GST yang dibayar peniaga ke atas input perniagaan seperti bahan mentah:, bil telefon, peralatan pejabat dan sebagainya, boleh dituntut sebagai kredit daripada kerajaan,” katanya.
:Kewajaran melaksanakan GST, Awang Adek berkata, tahap pendapatan negara bukan ukuran kerajaan melaksanakan GST.
:Ini kerana banyak negara lain yang telah melaksanakan GST walaupun pada dasarnya pendapatan per kapita negara-negara tersebut lebih rendah berbanding Malaysia.
“Venezuela, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Sudan sudahpun melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap pendapatan per kapita bukan menjadi ukuran bagi melaksanakannya,” katanya.
Sementara itu, Awang Adek berkata, sebanyak 126 program telah dilaksanakan untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan GST yang melibatkan 18,000 peserta, dan maklum balas yang diterima, agak memberangsangkan. - Bernama
ni satu lagi dok nak tipu orang..gst (goods service tax=geng songkok tinggi)..gst tak buat lg pun dah bgtau kata takan naik smpai 10%..konon nak bgtau kata klu ikut tu nak buat 10% tp bg diskaun kat rakyat,kita buat 4%..padahal hangpa memang nak buat 4% ja pun dr awal bukan nya 10%..aparaa pnya idea nak tunjuk bagus sngat..orang klantan patut mau bantai ja mamat ni sampai pitam,dia la keja dok bg idea kat najib bab judi bola hari tu..har,har,har
No comments:
Post a Comment