Kisah Panas

Pages

Friday, June 18, 2010

MAMU PENANG DEMAM

Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang Bakal Naik RM9.40

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini meminta penjelasan daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berhubung jawapan lisan kadar tol yang meningkat daripada kadar asal RM7 kepada RM9.40 sehala.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi, Chin Tong berkata perlaksanaan kadar tol itu jelas membebankan rakyat dan tidak munasabah sama sekali

"Adakah kerajaan Umno-Barisan Nasional akan melanjutkan konsesi jambatan Pulau Pinang yang tamat konsesi pada tahun 2013 atau melanjutkan konsesi dan menaikkan kadar tol ?.

"Menurut jawapan lisan daripada menteri terbabit menjelaskan kadar tol jambatan Pulau Pinang Kedua berdasarkan 7 kelas pada tahun 2013 setelah siap operasinya merujuk pada kelas 2 iaitu bagi kereta, teksi, van dan ganda empat roda kecuali MPV adalah RM9.40.

"Kadar tol semasa adalah RM7 bagi kelas yang sama ini menunjukkan kenaik.kan ketara dan persoalannya adakah disebabkan jumlah pelaburan RM4.5 billion maka kerajaan Umno-BN akan melanjutkan konsesi dan menaikkan kadar untuk menampung kos jambatan kedua.

"Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga penduduk di kawasan sekitarnya. Kerajaan perlu bertolak ansur dalam soal ini agar kadar tersebut tidak membebankan rakyat apatah lagi dengan isu subsidi yang akan ditarik balik.

"Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang"

Dalam satu jawapan lisan yang lain, Chin Tong meminta penjelasan berhubung tahap kerja yang telah disiapkan dan mengapa terdapat peningkatan kos pembinaan sebanyak RM4.5 billion daripada kos asal iaitu RM4.3 billion pada tahun 2008 .

Namun katanya jawapan Menteri Kewangan itu mengelirukan yan menjelaskan bahawa jumlah kos pembinaan tidak meningkat dan kekal pada kos asal iaitu RM4.5 bilion yang dijangka dapat disiapkan menjelang September 2013.

Tambahnya Chin Tong, tujuan pembinaan jambatan kedua ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di samping bagi tujuan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan tetapi nampaknya tujuan tersebut telah lari daripada matlamat asal.


ni satu lagi dok pekena orang..dah la skg ni rm7 pun orang dah nazak kna byar tol..ni nak up plak lg rm2.4..confom kna kapan terus..har,har,har..padahal skg ni dianggarkan 200 000 knderaan masuk tol jmbtan png tiap hari..motor,keta,lori,van semua skali totall,tolak beca ja har,har,har..mmg dah tau duit tol ni kerajaan akan dapat sampai mati apa lah salah klu kurang ke rm5,pun dah untung..tapi mampus pi dgn orang,janji perut aku hari2 makan kat hotel..har,har,har


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Mari sembang sini

Followers