Kementerian Pengajian Tinggi Guna PTPTN Sekat Mahasiswa Berpolitik
KUALA LUMPUR 17 Jun - Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionial (PTPN) menahan permohonan 1,500 merupakan satu ugutan dan penganiayaan kepada mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) baru agar tidak terlibat dengan sebarang kempen pilihan raya.
Dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi, wakil mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Riedzuan Othman berkata tindakan tersebut merupakan tindak balas penglibatan seorang mahasiswa tahun tiga kampus itu, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor April lalu.
"Tindakan Menteri Pengajian Tinggi melalui pegawai khasnya Suhaimi mengeluarkan arahan kepada PTPTN merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa.
No comments:
Post a Comment