KANGAR: Minat yang kini ditunjukkan golongan ulama terhadap Umno adalah perkembangan yang sihat dalam parti, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini.
Menurutnya, kira-kira 40 ulama yang berkelulusan PhD dijadual akan menyerahkan borang menyertai Umno kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Presiden parti pada Jumaat ini termasuk dua ulama dari negeri Perlis.
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada dua ulama itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis Juanda Jaya.
Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis, dan Mohd Asri adalah dua rakan karib.
"Sama ada Dr Mohd Asri menyertai Umno atau tidak pada Jumaat ini, beliau tetap kawan saya," kata Shahidan.
Sebelum ini, media massa melaporkan bahawa Mohd Asri akan turut menyertai Umno Jumaat ini, namun beliau belum membuat sebarang kenyataan.
Shahidan yang juga Ketua Umno bahagian Arau berkata, jika dua ulama Perlis itu menyertai Umno, mereka akan dilantik menduduki jawatankuasa Umno bahagian itu dan salah seorang daripadanya akan dilantik menjadi pengerusi Biro Agama.
Katanya, peranan mereka sebagai ulamak tidak terjejas meskipun menyertai Umno kerana tanggungjawab mereka tetap sama.
Beliau juga berharap kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan kekacauan di negara ini termasuk yang melaga-lagakan golongan ulamak
Shahidan tidak pula menyatakan siapa pihak berkenaan. - BERNAMA
agama mana leh main jual2 mcam ni kwan..ingat lu ada duit lu buleh beli orang ka..zulkifli nordin pun lu buat mcm ni jgak dlu sampi kwan tu skg dh jd hau siau kes dia ada financial issue dan buleh kna lucut dr jwatan..skg lu kecoh2 pasal wahabi,nak tngkap la,pengganas la..nak kasi dua mufti ni ikut msuk dgn lu plak..lu punya game dah lapok la kwan..yang betol lu yang hau siau..har,har,har
No comments:
Post a Comment