Jangan siar laporan bidaah: Najib
SHAH ALAM – Media perlu memaparkan laporan yang berasas agar ia tidak mengelirukan rakyat serta mengelakkan menyiarkan berita bidaah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika laporan yang disiarkan tidak berasas dan mempunyai unsur fitnah, ia boleh menjejaskan imej negara dan rakyat di mata dunia.
“Kenapa perlu menyiarkan cerita karut-marut, ia perlu diselidik dahulu kebenarannya bukan hanya mendengar dari sebelah pihak dengan menambah fakta yang tidak wujud.
“Jangan pembohong, jangan bidaah dalam membuat laporan, sebagai media kita harus berlaku adil dan jujur dan memaparkan sebarang berita untuk tatapan umum.
“Jika laporan yang disiarkan itu tidak benar dan mengelirukan secara tidak langsung akan merosakkan minda dan pemikiran generasi kita,” katanya.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran KarangKraf Peduli dan akhbar Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Program Karangkraf Peduli dilancarkan bertujuan membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bahagia dunia dan akhirat.
Ia salah satu teras utama`Peduli Iqra’ yang mengerakkan budaya membaca dan pendidikan sepanjang hayat di negara ini.
Teras itu adalah Karangkraf Peduli Duafa, wujudkan masyarakat prihatin; Karangkraf Peduli Muafakat, wujudkan perpaduan rakyat.
Karangkraf Peduli Alam, wujudkan kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang; Karangkraf Peduli Jujur iaitu komitmen dalam memerangi rasuah bersama mengerakkan kesedaran untuk masyarakat bersama bertindak memerangi rasuah.
scorpene
altantuya
pkfz
ziana zain
bla,bla..semua bidaah..kepala bana dia..har,har,har
No comments:
Post a Comment