Satu kenyataan yang disifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi? Yang jelas negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.
Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila 1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai. 2- Sime darby rugi lebih RM1.6 billion 3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta... 4- PKFZ rugi beratus billion.. 5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta... 6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahun. Senarai di atas adalah beberapa peratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi. Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugi dan akan bankrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!) Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view
malaysia ada minyak atas bawah (sawit & petroleum) pun boleh bankrap,thailand yg tak dak minyak confom skg dh jd bankrap kan..har,har,har..nampaknya wawasan 2020 Tok Det dlm kenangan sbb malaysia bankrap thn 2019..har,har,har
No comments:
Post a Comment