Kisah Panas

Pages

Thursday, June 3, 2010

ADIDAS TANGKIS KRITIKAN BOLA RASMI PIALA DUNIA

LONDON: Jenama sukan popular, Adidas menangkis kritikan mengatakan bola rasmi Piala Dunia 2010 sukar dikawal selain menjadi igauan ngeri kepada penjaga gol sambil menekankan betapa produk itu sudah menjalani sesi ujian yang ketat serta mendapat kelulusan sejak lama dulu.

Jurucakap Adidas, Thomas van Schaik dalam kenyataan kelmarin berkata pihaknya terkejut mendengar kritikan dilemparkan penjaga gol terkemuka seperti, Iker Casillas (Sepanyol) dan Brazil, Julio Cesar, kerana ‘Jabulani’ sudah digunakan beberapa bulan tanpa sebarang rungutan.
“Bola itu sudah dipakai untuk beberapa bulan,” katanya kepada agensi akhbar Associated Press. “Kami mula menggunakan bola itu sejak Disember dalam pelbagai jenis liga dan mendapat maklumat positif.” - AP


lagi seminngu world cup 2010 akan mula..semua orang tak sabar..kaki2 betting lg la..har,har,har

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Mari sembang sini

Followers