Kisah Panas

Pages

Monday, May 31, 2010

BELUM CONFOM LG-ADUN KUALA NERANG SERTAI PAS

Dato' Syed Sobri Syed Hashim (Foto) ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu.



Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu.


Kiri: Dato' Seri Shafie Apdal. Kanan: Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah

Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini. Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal (Foto di atas) yang juga Naib Presiden UMNO Pusat. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah (Foto di atas) juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat.


aku dapat info dr detik daily dgn sinar harian hari ni yang mamat ni nk msuk pas..info bgtau kata mamat ni dekat nak diistiharkan muflis kerana rm168k..tak silap aku berapa bulan lepas dlm berita,rumah mamat ni jugak yang kena simbah dgn cat merah..sapa simbah kena tanya musa hassan..har,har,har..muflis ni banyak sebab,bisnes tak pun main forex..har,har,har

NI PASAL FOREX..

kat bawah jap td aku ada add post orang2 kita yang dok promote teknik depa main forex pakai scalping sistem..sakan..tak sampai 10minit buleh dekat 100usd..macam2 teknik orang main forex ni..fibonacchi,pivot level,elliot wave toksah bgtau la..belambak yg pakai..kuasa forex lagi belambak..kalu macam ni tak susah nak bawak kuar downpayment pakai bm mata setan,E90 pun dah buleh..har,har,har..ka depa ni kaya dok buat kursus ja..har,har,har..apapun aku tak mau komen..depa punya address-scalping4ex.blogspot.com..kaya ka kayap

MAIN FOREX..UNTUNG KA RUGI

KALIMAH ALLAH KAT KASUT CROCS



ni pun satu hal jugak time2 skg ni dok heboh isu kasut crocs yg ciplak,cina mali punya
ada sign kalimah Allah...aku dah dengar pendapat ustaz2 pasal bab panas ni..bekas mufti perlis,dr asri bgtau semua nya atas niat kita..contoh kalu kita masuk masjid semua benda kita boleh tengok seolah2 macam salib,ada pangkah sana pangkah sini,kayu dgn tiang tu punya susunan seolah2 ada berbentuk salib...kita niat nak p sembahyang bukan nak pikir yang bukan2...ni la masalah orang kita..satu lagi kalau nak dikira salib,huruf t yang aku taip ni pun bentuk salib..

Saturday, May 29, 2010

PENANG BRIDGE

baru2 ni dapat info bgtau kat bwah png bridge tak dibenarkan memancing dah..walaupun dh ada signboard tu berkurun tp geng2 pancing buat mcam tak nampak..klu betul confom,sian kat pakcik2 yang dok runner boat utk kaki pancing tu..income masyuk beb..satu kepala rm10 tiang tepi,tiang tengah rm15..sehari dekat seratus org g pancing..hari minggu toksah tanya la..jem..
Ni conform nk tnjuk kerajaan png pnya keja..har,har,har..nak bg geng2 pancing tak undi dah lim guan eng 2013 kes tak buleh pancing bawah jambatan png..har,har,har..

SIME DARBY MELINGKUP PLAK DAH..DIVIDEN ASB???


KUALA LUMPUR
- Tanggungjawab terhadap kerugian yang dicatatkan Sime Darby Bhd. (Sime Darby) di dalam projek hidroelektrik Bakun perlu dikongsi oleh semua mereka yang terlibat di dalam projek berkenaan.

Tanpa menamakan pihak terlibat, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan adakah kegagalan projek itu hanya terletak di bahu Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang diarahkan bercuti baru-baru ini.

Menurutnya, kerugian di dalam projek itu bermula apabila ia diserahkan kepada Sime Darby bersama rakan kongsi dari China dengan bidaan harga yang cukup rendah iaitu RM1.8 bilion.

"Harga itu membuatkan rakyat Malaysia yang merupakan pembida kedua terendah berasa cukup hairan. Beliau mengatakan projek berkenaan tidak akan berjaya dilakukan pada harga ditawarkan.

"Kini Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby telah disingkirkan. Soalnya, Adakah hanya Ketua Eksekutif Kumpulan bertanggungjawab? Siapa konsultan untuk Sime Darby? Bagaimana mereka boleh bersetuju dengan kos serendah itu untuk projek berkenaan?

"Bagaimana bidaan itu boleh menjadi terlampau rendah? Saya fikir, para jurutera tahu bahawa mereka tidak boleh membinanya pada harga RM1.8 bilion," katanya dalam laman blog beliau, http://chedet.co.cc.

Beliau mengulas tindakan Sime Darby mengarahkan Ahmad Zubir bercuti sehingga kontraknya berakhir 26 November ini setelah konglomerat itu mencatatkan kerugian lebih RM1.63 bilion akibat lebihan kos dalam projek kendaliannya.

Serentak itu, mesyuarat Lembaga Pengarah Sime Darby yang bermesyuarat hampir 12 jam pada 12 Mei lalu memutuskan untuk melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan syarikat itu.

Dr. Mahathir menambah, beliau percaya kerugian yang dicatatkan Sime Darby adalah hampir sama dengan jumlah bidaan yang dilakukan syarikat China itu.

"Saya percaya jumlahnya adalah lebih daripada RM900 juta kerana kerajaan telah memberi pampasan kira-kira RM700 juta kepada Sime Darby.

"Jadi, kos keseluruhan akan menjadi hampir sama dengan bidaan awal iaitu RM1.8 bilion. Bermakna, harganya telah menjadi sekali ganda.

"Saya rasa orang akan tahu apabila syarikat awam rugi melebihi RM1 bilion ringgit. Proton cuma rugi RM500 juta tetapi itu boleh diterima. Adakah kehilangan RM1 bilion juga boleh diterima?" soalnya.


wahaa...pandai betoi diorang ni wat rugi..kot mana pun nanti cari jln nak makan duit rakyat..dah tau sngat perangai diorg nihh...takpo duit asb dijamin kerajaan..har,har,har



INTEL KUAR VSS???


ALOR SETAR: Pekerja syarikat perisian Intel Corporation di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) tidak ditamatkan perkhidmatan meskipun tiga unit firma itu ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato Ir. Haji Amiruddin Hamzah berkata, berikutan penutupan itu, mereka hanya ditukarkan ke unit lain.

“Jaminan tidak akan ada pekerja yang akan diberhentikan dibuat sendiri oleh Intel Corporation kepada Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, tiga unit ditutup kerana syarikat itu mahu memindahkan unit berkenaan ke Amerika Syarikat dan ini perkara biasa dalam bidang perniagaan, terutama berkaitan teknologi.

Amiruddin menafikan kebimbangan Pengerusi MCA Kedah, Dato’ Chong Itt Chew yang berkata, Kedah mungkin kehilangan pelaburan ratusan juta ringgit kerana kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan KHTP.

“Kenyataan Dato’ Chong Itt Chew tidak benar kerana pelabur di KHTP semakin meningkat dan sehingga Februari tahun 2010, KHTP berjaya memperoleh pelaburan sebanyak RM1.529 bilion,” katanya.

Jelasnya, nilai bagi dua bulan itu sudah melebihi daripada pelaburan tahun 2009 iaitu sebanyak RM961.4 juta yang mampu menawarkan 970 peluang pekerjaan.

“Mustahil Kerajaan Negeri gagal menguruskan KHTP kerana sehingga kini tiada kilang yang ditutup atau keluar dari KHTP kerana masih terdapat 50 kilang beroperasi dan trend pelaburan juga menunjukkan terdapat pelabur baru,” tambahnya.


Cerita panas la tu....

ni satu lagi keja dok tipu orang..kawan aku sendiri keja kt intel bgtau kata tak dak vss pn..mmg diorg ttup dpmt tu..yg kna tutup diorg serap msuk dpmt lain..
dr shift msuk normal
dr normal msuk shift..har,har,har

FUJI KESAL..


ALOR SETAR, 19 Mei: Pada tahun 2008, terdapat lima pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di mana terdapat sebanyak 599 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.075 bilion.

Pada tahun 2009, terdapat tujuh pelaburan di KHTP di mana terdapat sebanyak 970 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM0.961 bilion.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, pada dua bulan pertama tahun 2010, terdapat dua pelaburan baru di KHTP di mana terdapat sebanyak 1,382 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.529 bilion.

Amiruddin menafikan kebimbangan Pengerusi MCA Kedah, Dato’ Chong Itt Chew yang menyifatkan beliau sebagai ‘syok sendiri’ apabila mendakwa jumlah pelaburan di taman perindustrian itu terus meningkat dan tiada kilang yang ditutup.

“Tentang Fuji, pada mula ekonomi gawat iaitu pada tahun 2008, memang Fuji ada menawarkan VSS kepada 500 orang pekerja dan hanya tinggal sebanyak 1,100 orang pekerja pada masa itu, tetapi pada suku kedua 2009, berlaku peningkatan pengeluaran Fuji dan Fuji telah menawarkan sebanyak 900 peluang pekerjaan termasuk yang telah ditawarkan VSS sebelum ini menjadikan jumlah pekerja Fuji kini hampir 2,000 orang,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, ini bermakna pekerja pada masa ini sudah meningkat berbanding sebelum ini.

“Fuji Electric antara pelabur utama di KHTP kononnya telah memindahkan operasinya ke Filipina sehingga menyebabkan 2,000 pekerja kehilangan pekerjaan adalah satu benda yang tidak betul,” katanya.

Tambahnya, Fuji merasa kesal terhadap apa yang diperkatakan oleh Dato’ Chong Itt Chew berhubung perkara itu.

“Saya akan berhubung dengan Fuji dan menyerahkan kepada mereka (Fuji) untuk mengambil tindakan terhadap Dato’ Chong Itt Chew sekiranya beliau terus memburuk-burukkan Fuji,” ujarnya.

Berlaku kesalahan fakta bilangan pekerja yang ditawarkan VSS sebenarnya adalah 500 orang sahaja - Kenyataan rasmi Fujielectric

Petikan dari sumber

http://www.wartakedah.net


kah,kah,kah..ni semua kes 4 adun kdah tak jd lompat la yg dok buat cerita mcm2 pasal khtp..
takpa 2013 nti try skali lg time pilihanraya..har,har,har

FROM KULIM WITH LOVE..BELASAH 7-0

liga bolasepak antara kilang2 di khtp sedang belangsung..2 hari lepas infineon telah dibelasah 7-0 dgn geng2 intel..coach infineon-no komen..har,har,har
silap training kot..asyik training ping pong kt kilg last2 suruh main bola..
takpa belum jumpa celestica 2nd round lg..1st round hari tu caca merba..har,har,har
Related Posts with Thumbnails

Mari sembang sini

Followers