Kisah Panas

Pages

Saturday, August 14, 2010

BERBALOI KA BUAT MACAM NI

Subsidi Korporat Diteruskan, Subsidi Rakyat Diambil

PROJEK BAKUN: SUBSIDI KORPORAT DITERUSKAN, SUBSIDI RAKYAT DIAMBIL

Saya memandang dengan serius laporan-laporan mutakhir yang menunjukkan kelewatan projek Empangan Bakun kerana begitu banyak wang rakyat telah disalurkan ke projek ini sejak sedekad yang lalu.

Berdasarkan laporan, jumlah kos keseluruhan dijangkakan akan meningkat akibat beberapa kelewatan projek. Kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 billion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 billion yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Kedua-dua pinjaman ini juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Sikap tidak peduli Perdana Menteri yang membiarkan wang rakyat terus digunakan di dalam projek Empangan Bakun adalah sangat bertentangan dengan pendapat beliau mengenai subsidi minyak dan gula. Beliau seolah-olah tidak kisah dengan kemungkinan wang rakyat terus dibazirkan untuk projek ini, tetapi bersungguh-sungguh mahu menarik balik subsidi minyak dan gula – sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek Empangan Bakun setakat ini.

Sasaran penjimatan RM750 juta dari potongan subsidi hanyalah 10% dari jumlah kos keseluruhan projek Empangan Bakun. Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.

Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?

Empangan Bakun adalah lambang layanan Barisan Nasional yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam menentukan subsidi. Di mata Barisan Nasional, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbillion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Saya menyeru Perdana Menteri mengambil pertanggungjawaban dan berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah kewangan projek Empangan Bakun dan kesannya kepada wang rakyat. Menteri yang dipertanggungjawabkan menyelia projek juga perlu berterus-terang dan menerangkan kepada rakyat kenapa anggaran kerugian RM2 billion itu perlu ditanggung oleh rakyat.

Rakyat berhak tahu terutamanya apabila rakyat diminta mengurangkan beban kewangan kerajaan, maka subsidi korporat juga perlu dihentikan.

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG

13 OGOS 2010

selamat hari jadi yg ke 63 Dato' Seri...lawan tetap lawan

Friday, August 13, 2010

DINAR EMAS KELANTAN


Dinar Kelantan - KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub, 24, menunjukkan matawang syariah Dinar Emas dan Perak Dirham Kelantan yang nilai mengikut beratnya pada Majlis Pelancaran Matawang Dinar Emas dan Perak Dirham yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC) di Kota Bharu, semalam.

Dinar dan Dirham Kelantan dilancarkan pada 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1431H. Bermulanya titik bersejarah penggunaan Dinar dan Dirham dalam sekala yang lebih besar dalam muamalah harian umat Islam di Kelantan.

Bersama kita kembali kepada muamalah Islam yang sebenar dengan menggunakan dinar dan
dirham.


Wang fiat tiada nilai berbanding komoditi emas/perak. Suatu masa dulu RM ada nilai emas. Waktu tu kalau wang kertas koyak 2 pun masih laku. Kemudian Tun M ikat pula dengan USD yg langsung tiada nilai emas, jadilah wang fiat. Sekarang walaupun sudah tidak diikat, tetap wang fiat sebab tiada nilai komoditi.

SELAMAT BERPUASA

PETANG INI

cuaca di bangsar cukup indah petang ini jam 6.38
angin bertiup
udara nyaman
sibuk sibuk dan sibuk

di bangsar utama dari jam 4 - pasar makanan telah terpasang
untuk orang yang lewat makan yang tidak puasa
untuk yang cuba makan makan

petang ini aku beli:
sambal petai - bila aku tanya apakah sambal ini pedas
si minah tukang jual memandang tepat pada mata aku:

' mana ada sambal tak pedas'

minah ini tidak tahu tentang banyak pelbagai jenis lada
ada yang pedas dan ada yang hanya untuk warna

kemudian aku beli
koreng kacang panjang dengan hati
gulai ikan kembong masak lemak
kari ayam
sayur tempe goreng
sayur kelapa goreng
sayur rebong masak lemak

satu kueh karipap
satu kueh gulung
satu kueh inti

nak - bulan ramadan ini - bulan pesta masakan melayu
aku akan mencuba semua gerai yang ada - untuk
merasakan masakan rumah

harganya agak mahal sedikit ini kerana yang berjual
bukan pro - jadi mereka tidak tahu harga pasaran -
tapi ok - kebanyakan mereka adalah mak cik dan pak cik
yang tinggal di rumah pangsa depan lrt bangsar - mereka
adalah penduduk miskin kota - ini duit rezeki mereka

kalau tanya hal paris hilton pada mereka
sampai kiamat mereka tak tahu.

jangan silap sangka - aku bukan makan banyak
makanan yang aku beli ini juga untuk
sahur nanti - senang beres - tak perlu
susah ke pasar!

nota:
hidup solo ini adalah paling nikmat dalam dunia
malas masak - beli di kedai
tak perlu membasuh pinggan mangkuk
tak perlu berkemas
boleh beralih alih selera tanpa tanggung jawab
tak perlu minum susu dari tetek yang sama kah kah kah

dipetik dr tukar tiub

Thursday, August 12, 2010

KERAJAAN TARIK BALIK BLACKLIST SAMAN EKOR

PUTRAJAYA, 11 Ogos: Kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Langkah ini adalah kemenangan besar bagi perjuangan menentang saman ekor yang dibuat oleh rakyat negara ini khasnya dari PAS sendiri.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) bersama rakan-rakannya telah menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dan bergerak ke seluruh negara bagi menentangnya.

Pada 5 Ogos lepas, beliau bersama rakan-rakannya ke pejabat Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Namun, hanya setiausaha akhbar menteri berkenaan bertemu dengan mereka.

Jawatankuasa berkenaan juga telah mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

Semalam, 10 Ogos, Kase telah membuat aduan kepada Suhakam bagi meminta badan hak asasi manusia membantu rakyat memperjuangkan hak mereka.

"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan.

"Kase juga akan tetapkan satu tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun memainkan peranan dalam mengenakan saman ekor ini," kata Mahfuz pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini 2 Ogos lepas.

sesiapa yg belum bayar nasib baik lah..kalau tak kenyang depa ni..duit tu simpan buat belanja raya ni

Related Posts with Thumbnails

Mari sembang sini

Followers